fbpx

PRK Ayer Kuning: Tujuh laporan polis sepanjang kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisam (tengah) bercakap pada sidang akhbar di PGA Bidor hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TAPAH – Sebanyak tujuh laporan polis diterima dengan dua kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin bagaimanapun berkata, tiada tangkapan dibuat sepanjang tempoh berkenaan.

“Lima laporan polis itu diklasifikasikan sebagai No Offense Disclosed (NOD) iaitu tiada kesalahan dikenal pasti atau tiada kesalahan didedahkan manakala dua lagi laporan polis disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Laporan bersabit kes khianat poster dan bendera parti itu dibuat wakil calon di Balai Polis Tapah Road, semalam. Kejadian tersebut didakwa berlaku di kawasan Tapah Road,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses undi awal membabitkan anggota polis dan pasangan di pusat mengundi di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA Bidor, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI