fbpx

GITC kukuh TVET, atasi ketidakpadanan kemahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soh Thian Lai (empat kiri) pada Rumah Terbuka Aidilfitri GITC di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC) terus memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara selaras dengan permintaan industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Pengerusi GITC, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, inisiatif itu bertujuan menangani isu ketidakpadanan kemahiran antara graduan dan kehendak pasaran kerja.

“Kita mempunyai seramai 332 ahli Majlis Kaunselor dan daripada jumlah itu, 253 ahli terdiri daripada pakar industri, manakala selebihnya daripada akademia dan institusi penyelidikan.

“Kami mahu pastikan kurikulum TVET benar-benar berpandukan keperluan semasa,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri GITC di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia mempunyai lebih 1,300 institusi TVET yang menghasilkan kira-kira 120,000 graduan setahun, namun sebahagian besar masih perlu dilatih semula oleh industri kerana kekurangan kemahiran sebenar.

“Dengan kerjasama 107 rakan industri yang mewakili lebih 30,000 syarikat, GITC bakal melancarkan TVET Digital Placement Platform Centre (TDPPC) pada Julai ini.

“Platform ini menggunakan sistem kecerdasan buatan (AI) bagi memadankan pelajar dengan tempat latihan industri dan pekerjaan yang bersesuaian,” katanya.

Katanya, GITC turut berusaha mengubah persepsi masyarakat terhadap TVET sebagai laluan kerjaya masa depan yang berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI