fbpx

62 rumah veteran ATM dibina tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly ketika menyantuni Hasan di kediamannya di Kampung Tengah Pasir Panjang, Sekinchan, Sabak Bernam hari ini.

SABAK BERNAM – Kehidupan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus dipertingkatkan dengan pembinaan 62 buah rumah sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, sebanyak 15 buah rumah telah dibangunkan dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM setakat bulan ini.

Menurutnya, secara purata setiap negeri akan mempunyai antara 10 hingga 15 buah dengan anggaran RM85,000 bagi sebuah rumah.

“Setiap rumah itu akan melihat kepada keperluan veteran itu dengan selalu mereka yang ada tanah akan kita bangunkan.

“Selain, veteran itu mempunyai pendapatan seumpamanya, dia perlukan tempat berlindung. Jadi, sediakan rumah paling tidak sudah menyelesaikan sebahagian besar daripada masalah mereka,” katanya ketika ditemui pada Program Peduli Veteran Madani sekitar daerah ini.

Sebanyak 14 rumah veteran disantuni termasuk Staff Sarjan (B) Hasan Nayan,75, yang mengalami kanser usus dan prostat.

Menurut Adly, permohonan perlu dibuat kepada JHEV ATM sebelum penilaian dibuat agar sampai kepada kumpulan sasar yang tepat.

“Memang kita tahu kadang-kadang keperluan itu agak tinggi tetapi kita cuba memenuhinya. Ada kalanya, kita tidak dapat membina rumah tetapi kita buat pembaikan rumah.

“Justeru, tahun ini sebanyak 220 buah rumah disasarkan dibaiki dengan purata 20 hingga 30 buah rumah setiap negeri,” katanya.

Jelasnya, kos pembaikan pula adalah pada harga syiling RM17,000 namun boleh mencecah sehingga RM30,000 untuk kes-kes tertentu bergantung kepada struktur kediamannya.

“Kesemua itu melibatkan peruntukkan sebanyak RM7.4 juta dalam skim perumahan di bawah JHEV,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI