fbpx

Ada lagu baharu untuk Eda Ezrin – Eddie Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eddie Hamid (belakang, berdiri) menyantuni anak-anak yatim yang hadir pada Majlis Hari Raya Kelab Peminat Eddie Hamid Bersama Anak Yatim di Menara Tinjau, Tambatan Diraja dekat Kota Bharu semalam. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Penerbit dan komposer, Eddie Hamid sudah mencipta lagu baharu untuk dinyanyikan oleh Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 20, sebaik sahaja dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat tidak lama lagi.

Menurutnya, lagu yang masih belum mempunyai tajuk itu berentak perlahan dan sentimental akan kembali menggandingkan Eda Ezrin dan Den Manjo yang sebelum ini popular dengan lagu berjudul Cinta Setandan Pisang.

Eddie Hamid berkata, bagaimanapun, keputusan untuk kembali semula ke arena nyanyian selepas ini bergantung kepada kesediaan Eda Ezrin sendiri.

“Saya sudah sedia untuk merekod lagu baharu bersama Eda Ezrin dan Den Manjo. Lagu itu berentak perlahan dan sentimental. Mungkin lagu yang berentak sentimental ada kesedaran apabila tiada sifat gedik-gedik di dalamnya.

“Baru-baru ini, Eda Ezrin juga ada tulis surat kepada saya dan berpesan agar tidak lupa kepadanya. Jadi, memang saya kena tunggu dia untuk rekod lagu baharu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Kelab Peminat Eddie Hamid Bersama Anak Yatim dan Sempena Pelancaran Lagu D’recond Band (Demo Tok Jujur) di Menara Tinjau, Tambatan Diraja di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Eddie Hamid memberitahu, perancangan sebelum ini untuk lagu baharu bertajuk Tokleh Nok Soba yang menggandingkan Eda Ezrin dan Den Manjo terpaksa ditangguhkan selepas perbincangan dijalankan.

Ketika ditanya mengenai perjalanan seni Eda Ezrin selepas keluar dari penjara, beliau berkata, bidang nyanyian merupakan periuk nasi penyanyi sohor dari Kelantan itu.

Menurutnya, Eda Ezrin berkemungkinan akan berehat dalam tempoh satu hingga dua bulan selepas dibebaskan dari penjara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI