fbpx

KJ menang saman RM2.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairi (kiri) dan Mohd. Rasyiq

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pendakwah bebas, Mohd. Rasyiq Mohd. Alwi membayar ganti rugi sebanyak RM 2.5 juta kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kerana memfitnah berhubung vaksin Covid-19.

Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Khairi selaku plaintif terhadap Mohd. Rasyiq atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq sebagai defendan dalam kes saman itu.

Selain ganti rugi RM2.5 juta, mahkamah turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM50,000 terhadap plaintif.

Khairy mengambil tindakan undang-undang pada 2022 dengan mendakwa Mohd. Rasyiq menyebarkan dakwaan palsu kononnya beliau mengelirukan orang ramai mengenai status vaksinasi dirinya.

Pada perbicaraan kes saman itu, peguam memberitahu mahkamah, Mohd. Rasyiq menyiarkan kenyataan yang disangkal itu di media sosial untuk mempersendakan Khairy yang bertanggungjawab menyelaras program vaksinasi Covid-19 negara.

Menurut peguam itu, pendakwah tersebut merujuk Khairy secara langsung dalam kenyataannya termasuk memetik akaun media sosialnya.

Abdul Rashid berkata, pendakwah itu tidak menyesal, malah ‘memohon maaf’ secara sinis kepada Khairy selepas dokumen mahkamah disampaikan kepadanya.

Khairy dalam tuntutan saman itu mendakwa, kenyataan Mohd. Rasyiq menjejaskan usaha kerajaan membendung Covid-19.

Sebelum ini, prosiding keputusan kes itu ditangguh berikutan kematian bapa mentua Khairy, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, yang juga Perdana Menteri ke-5 pada pukul 7.10 malam, 14 April lalu di Institut Jantung Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI