fbpx
TIGA suspek wanita yang direman berhubung kes mengemukakan butiran palsu berkaitan pendaftaran anak.

Sanggup beli bayi segera RM20,000 sebab tiada anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Perbuatan 14 individu termasuk tiga wanita memalsukan butiran pengesahan kelahiran ‘bayi segera’ mereka terbongkar selepas ditahan dalam Ops Birth kelmarin.

Kesemua mereka yang berusia 28 hingga 49 tahun itu dipercayai membayar ejen serendah RM5,000 hingga RM20,000 bagi menguruskan dan menyediakan dokumen pengesahan kelahiran bayi dari hospital di sekitar Se­langor.

Dokumen itu termasuklah ‘buku pink’ atau rekod kesihatan ibu yang mempunyai pengesah­an doktor.

Sumber berkata, perkara itu bagaimanapun terbongkar selepas suspek membuat permohonan MyKid dan sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan mengemukakan maklumat palsu pada borang daftar kelahiran.

Setakat ini status bayi-bayi tersebut masih dalam siasatan sama ada tidak sah taraf atau warganegara asing.

Kesemua suspek itu diberkas pada secara berasingan pada pukul 12.30 tengah hari hingga 6.30 petang di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini.

“Mereka dipercayai melakukan permohonan palsu itu sejak tahun 2015 hingga 2023. Siasatan awal mendapati suspek tersebut sudah ­berkahwin selama lima hingga 10 tahun, namun belum dikurniakan anak.

“Jadi mereka terdesak (mahukan anak) sehingga sanggup memalsukan dokumen sijil lahir. Perkara itu terbongkar selepas semakan mendapati bayi-bayi yang didaftarkan tiada rekod kelahiran di hospital terlibat,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

SUSPEK dibawa untuk proses permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam. – AFIQ RAZALI

Menurut sumber itu, siasatan mendapati kesemua suspek mengambil bayi-bayi tersebut sewaktu dilahirkan.

“Namun, kita masih menyiasat sama ada anak-anak itu tidak sah taraf atau warga asing,” katanya.

Kesemua suspek ditahan reman selama lima hari bermula semalam. Perintah reman dibenarkan Majistret Ameera Mastura Khamis. Permohonan itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin dan Pegawai Pendakwa SRPM, Muhammad Arif Asyraf Mohd. Khairi.

Suspek-suspek tersebut diwakili peguam Ong Jain Kai, A. Lingeswaran, M. Pani, C. Aiswarya Devi dan Sean Dudley.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN