fbpx
Izhar sedang membersihkan kediamannya semalam dan menganggarkan kerugian ditanggung kali ini mencecah RM10,000.

‘Orang Shah Alam tidak sanggup hadap banjir setiap kali hujan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan ne­geri digesa untuk menyegerakan pembinaan projek tebatan banjir di Sungai Klang di sini yang direncanakan sebelum ini bagi mengelakkan penduduk terus dibelenggu banjir kilat sehingga mengakibatkan mereka kerugian besar.

Jurutera saliran air, Mohd. Firdaus Shahak yang juga anak jati Padang Jawa berkata, dia dan penduduk di Shah Alam terutamanya tidak lagi sanggup mengharungi episod sama setiap kali hujan lebat berlaku.

“Saya tidak menafikan pembangunan yang dibuat mana-mana pihak. Cuma berharap setiap projek pembinaan yang dijalankan, mesti ada saluran perparitan yang besar bagi
membolehkan air mengalir keluar ke sungai.

“Kebanyakan penduduk di sini bukannya orang senang. Jadi, memang sakit untuk mereka beli barang kelengkapan rumah yang baharu sekiranya barangan mereka rosak akibat dimasuki air,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Luahan sama turut disuarakan Siti Zulaikha Sironi, 31, yang tinggal menyewa di Padang Jawa sejak 2018 dengan menyifatkan banjir kali adalah terburuk selepas bah besar pada 2021.

Kata ibu kepada seorang anak itu, dia terjaga kira-kira pukul 4 pagi selepas menyedari hujan lebat melanda kawasan itu, ­namun beranggapan ia akan berhenti dalam tempoh setengah jam kemudian.

“Bila bangun pukul 6 pagi, saya dapati pekarangan rumah telah dinaiki air pada paras buku lali.

“Limpahan air juga didapati tidak berkurang malah semakin naik sebelum saya dan suami terus mengalihkan sebuah kereta dan dua motosikal ke tempat lebih tinggi,” katanya.

Hasrat sama turut disuarakan mangsa banjir di Padang Jawa, Izhar Tukiman, 39, apabila mengalami kerugian dianggarkan RM10,000 selepas kelengkapan rumah dan barangan elektrik ­rosak.

Malah katanya, sebuah motosikalnya juga rosak kerana tidak sempat mengalihkan dari pekarangan rumahnya yang rendah.

“Saya hanya sempat mengeluarkan dua buah kereta dan sebuah motosikal lain daripada musnah dalam banjir itu.

“Saya seorang sahaja bekerja dan perlu menanggung isteri dan tiga anak yang masih bersekolah. Harap kerajaan boleh bantu,” kata operator kilang kenderaan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN