fbpx
Pasukan penyelamat berjaya menemui warga emas dan kereta yang tersangkut kawasan dalam lumpur dalam ladang kelapa sawit di Kampung Olak Batang, Tanah Aina Idris, Benta dekat Lipis pada Khamis lalu.

‘Kami nampak kelibat tapi abah relaks saja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Kejadian misteri ke­hilangan seorang warga emas pada Khamis lalu di ladang kelapa sawit Kampung Olak Batang, Tanah Aina Idris, Benta di sini akhirnya terungkai melalui perkongsian yang dibuat oleh anaknya melalui Facebook Abe O-Abe semalam.

Lelaki itu didakwa bapanya menghubungi talian kecemasan 999 meminta bantuan apabila melalui jalan tanah berlumpur dan tersangkut di tengah-tengah ladang sawit yang sunyi dan gelap pada pukul 6.30 petang pada hari kejadian.

Kata Abe O-Abe, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan polis gagal ­mendapatkan lokasi sebenar warga emas itu kerana keadaan gelap dan tiada maklumat tepat lokasi bapa mereka.

“Apabila saya dapat panggilan daripada bomba, kami anak-anak semua terkejut, cuba dapatkan maklumat tepat keberadaan abah, namun gagal.

“Puas adik saya, bomba dan polis secara gilir-gilir cuba pandu abah untuk kongsi lokasi tetapi tidak berjaya sehingga telefon bimbitnya hampir kehabisan bateri,” jelasnya.

Suasana di lokasi seorang warga emas sesat selepas menggunakan aplikasi Waze.

Tambah Abe O-Abe, kira-kira 9.30 malam ketika pihak polis membuat panggilan video, dia diberitahu ada kelihatan seorang lelaki duduk sebelah tempat duduk penumpang.

“Abah pula dengan selamba dan tenang jawab dia memang memandu bersendirian saja dan kat situ dia langsung tak nampak ada sesiapa pun di dalam atau di luar keretanya,” jelasnya.

Tambahnya, keadaan sekeli­ling ladang kelapa sawit itu sa­ngat gelap ketika panggilan video dibuat dan hanya lampu dalam kereta itu menyala.

“Abah betul-betul berani, suaranya tenang saja bila bercakap dengan bomba dan polis dalam video call yang berkali-kali sebelum bateri telefon habis, ­“katanya.

Ujarnya, bapa akhirnya ditemui selepas lokasi kasar keberadaan bapanya dikenal pasti dan dengan bantuan penduduk kampung di situ.

“Penduduk Kampung Tanah Aina Idris di Benta yang tahu mengenai ladang kelapa sawit itu membawa kepada penemuan abah kira-kira pukul 10.02 malam.

“Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Abe atas doa yang dimakbulkan Allah agar abah dapat ditemui semula dalam keadaan yang selamat,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN