fbpx
Seorang wanita meletakkan kakinya di tempat letak makanan ketika menaiki kereta api. - X

Wanita julur kaki atas tempat letak makanan dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang wanita di India mengundang kecaman pengguna media sosial selepas meletakkan kakinya di atas tempat letak makanan ketika menaiki kereta api, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Imej dimuat naik di platform X oleh akaun @Ravi3pathi menunjukkan wanita itu sedang bersandar sambil meletakkan salah satu kakinya di tempat letak makanan di hadapannya. 

Kaki kirinya pula diletakkan di tempat duduk sebelah. 

“Kekurangan kesedaran sivik bukan isu serantau mahupun kelas masyarakat, sebaliknya masalah warga India,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Hantaran itu mencatatkan lebih 920,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. 

“Perbuatan ini berlaku di mana-mana, bukan sahaja di India,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN