fbpx
Tangkap layar menunjukkan orang ramai berniaga di kawasan tanah perkuburan di Indonesia. - Instagram

Kubur dah macam ‘bazar raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah kawasan perkuburan di Indonesia bertukar menjadi seperti bazar semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, lapor portal berita Lambeturah semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lambeturah_official menunjukkan berpuluh-puluh peniaga menjual makanan serta minuman di kawasan kubur. 

Ada antara mereka sempat meletakkan papan iklan di atas dan celah-celah kubur. 

Orang ramai juga berpusu-pusu membeli air dan makanan selepas selesai menziarahi kubur. 

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 5,000 tanda suka dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Umat Islam dilarang untuk memijak atau duduk di atas kubur,” kata seorang netizen. 

“Jangan sampai jadi pasar malam ghaib,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN