fbpx
TSUNODA dipilih menggantikan Lawson dan bakal mengemudi jentera Red Bull bermula hujung minggu ini. - AFP

F1: Honda perlu bayar demi Tsunoda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Peluang yang dimiliki Yuki Tsunoda untuk mengemudi jentera Red Bull dibayangi spekulasi dan dakwaan bahawa pasukan itu bakal menuntut bayaran daripada Honda selepas pelumba Jepun itu diberikan kesempatan.

Penganalisis F1, Ted Kravitz, mendakwa bahawa Honda sanggup membayar AS$10 juta (RM44.77 juta) sebagai strategi pemasaran untuk melihat seorang pemandu Jepun dalam salah satu pasukan Red Bull untuk menggantikan Sergio Perez pada musim ini.

“Soalnya, adakah wang itu benar-benar telah dibayar? Pada mulanya, Red Bull memilih Liam Lawson untuk memulakan musim ini, jadi dana itu tidak diterima.

“Tetapi, kini, selepas memutuskan untuk memasukkan Tsunoda, Red Bull mungkin kembali menuntut dana tersebut daripada Honda,” kata Kravitz.

Selepas lebih empat tahun bersama pasukan junior Red Bull, Tsunoda akhirnya diberi peluang untuk berlumba bersama Max Verstappen pada Grand Prix (GP) Jepun hujung minggu ini.

Taunoda dipilih menggantikan Lawson yang hanya sempat beraksi dua perlumbaan sebelum dihantar semula ke Racing Bulls.

Tsunoda sebelum ini beberapa kali diketepikan oleh Red Bull meskipun beraksi lebih baik daripada Nyck de Vries, Daniel Ricciardo, dan Lawson.

Salah satu sumber dari New Zealand turut mendakwa bahawa Honda membayar lapan angka kepada Red Bull bagi memastikan sekurang-kurangnya seorang pemandu mereka beraksi dalam salah satu pasukan F1 yang disokong syarikat itu.

Namun, cabaran utama Tsunoda bukan hanya Verstappen, tetapi juga prestasi Red Bull yang semakin merosot sejak pertengahan 2024.

Menambah lagi kesukarannya, Tsunoda tidak sempat menjalani sebarang ujian sebelum perlumbaan di Suzuka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN