fbpx

Demi ‘OOTD’, ramai sanggup sewa iPhone untuk raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelanggan menempah iPhone di sebuah premis di wilayah Jawa Tengah, Indonesia. - Antara

JAKARTA – Seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan sewa iPhone di Indonesia mendedahkan bahawa permintaan untuk menyewa telefon pintar itu meningkat menjelang Hari Raya Aidilfitri, lapor portal berita Lambeturah kelmarin. 

Pemilik Jawa Sewa iPhone, Reza Zakaria berkata, kira-kira 40 iPhone telah ditempah oleh pelanggan. 

“Kadar sewa bergantung kepada jenis iPhone. Contohnya, bayaran sewa harian bagi iPhone XR adalah sebanyak 100,000 rupiah (RM27).

“Model yang paling mahal adalah iPhone 15 di mana harganya boleh mencecah 300,000 rupiah (RM80) hingga 400,000 rupiah (RM106) sehari,” kata Reza.  

Tambah Reza, sekiranya rosak, penyewa perlu menanggung 100 peratus kerosakan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI