fbpx
Banduan wanita Penjara Pengkalan Chepa menyertai aktiviti tadarus al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

35 banduan penjara Kelantan bergelar huffaz setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seramai 35 banduan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang berjaya menghafaz al-Quran sepanjang tahun lalu.

Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Hamid Taha berkata, kejayaan itu merupakan hasil inisiatif prog­ram hafazan Al-Quran yang menjadi tunjang utama pemulihan tahanan.

Katanya, jumlah itu termasuk tahanan yang dibebaskan de­ngan sekurang-kurangnya menghafaz 10 juzuk al-Quran.

“Seramai 200 banduan di Penjara Pengkalan Chepa dan PPA Machang aktif bertadarus pada Ramadan ini. Daripada jumlah itu, seorang banduan berjaya menghafaz 19 juzuk. Dia dijangka menamatkan hafazan menje­lang hujung tahun ini.

“Program ini menunjukkan bahawa pintu keinsafan dan ilmu masih terbuka luas meskipun berada di tirai besi,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Program hafazan itu turut mendapat perhatian kerajaan negeri yang komited membantu tahanan meneruskan kehidupan dengan bimbingan agama selepas dibebaskan.

Jelasnya, pengisian program itu bukan sekadar mengisi masa, tetapi membuka ruang kepada perubahan hidup dan memberi tahanan peluang ke­dua untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Hamid Taha.

“Setakat ini, jumlah tahanan di Penjara Pengkalan Chepa, PPA Machang, Pusat Reintergasi Kuala Krai dan Penjara Satelit di Pasir Mas melebihi kapasiti iaitu hampir 7,000 orang.

“Daripada jumlah itu, 480 tahanan ditempatkan di Kuala Krai, manakala 500 orang ditempatkan di Pasir Mas,” katanya.

Kapisiti tahanan di Pengkalan Chepa juga bertambah kepada 2,800 banduan berbanding kapasiti 1,700 orang. PPA Machang sepatutnya menempatkan 1,500 tahanan dan kini dihuni lebih 3,200 banduan.

“Meskipun melebihi kapasiti, program hafazan tetap menjadi terapi jiwa. Pengisian hafazan al-Quran bukan sekadar program pemulihan, tetapi memberi peluang banduan melatih diri ke arah perubahan positif.

“Hukuman di penjara bukan pengakhiran kehidupan. Hafazan al-Quran mampu menjadi cahaya harapan, membimbing mereka keluar daripada kegelapan.

“Program hafazan ini membuktikan bahawa hidayah boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Al-Quran menjadi teman setia dalam perjalanan menuju kehidupan yang lebih bermakna,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN