fbpx
Penduduk memilih pakaian terpakai untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri minggu depan menerusi program Free Market Masjid Bandar Putra di Segamat baru-baru ini.

‘10,000 baju raya percuma, jangan malu ambil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – “Jangan malu untuk mengambil baju raya percuma, walaupun free, ia masih elok dan berkualiti.”

Demikian kata pengunjung, Zainah Hashim, 66, mengenai program Free Market Masjid Bandar Putra di sini, yang menawarkan pelbagai jenis pakaian raya dan harian secara percuma untuk penduduk di daerah itu.

Menurut Zainah, seawal pukul 9 pagi, dia tiba di lokasi untuk memilih baju raya untuk dirinya dan ahli keluarga. Wanita itu te­ruja kerana terdapat banyak pilihan warna, saiz dan corak untuk di­pilih warga Segamat.

“Jangan malu ambil pakaian terpakai, sepatutnya kita ber­syukur kerana ia diberikan secara percuma dan masih elok untuk digayakan.

“Ia ibarat rezeki bagi mereka yang kurang berkemampuan. Jadi kita tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membeli pa­kaian baharu sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

OTHMAN menunjukkan baju Melayu yang diambil secara percuma di Free Market Masjid Bandar Putra, Segamat.

Suri rumah itu berkata, dia banyak menggunakan wang untuk sesi persekolahan baru-baru ini, diikuti Ramadan dan Syawal. Wanita itu berharap program itu diteruskan pada masa akan datang, tidak terhad pada musim perayaan sahaja.

Othman Amat, 56, turut memuji usaha yang dilakukan pihak Masjid Bandar Putra yang dianggap tepat pada masanya dan pada masa sama turut membuka ruang kepada mereka untuk menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

“Bayangkan kalau ada lima anak, lebih RM500 perlu dibelanjakan untuk beli pakaian raya. Dengan adanya program ini, ketua keluarga dapat berjimat dan wang itu boleh digunakan untuk perbelanjaan lain.

“Saya tidak perlu risau membawa ahli keluarga datang ke sini (free market) untuk mencuba pakaian raya kerana semuanya adalah percuma,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Bandar Putra, Abdul Malek Ramli bersyukur kerana penganjuran program Free Market tersebut dapat memberikan keceriaan kepada golongan sasar dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Terdapat 8,000 hingga 10,000 pakaian berjaya dikumpulkan dan sedia menanti tuan baharunya. Program ini bertujuan untuk meringankan beban orang ramai di samping mengelakkan pembaziran baju-baju yang masih elok dipakai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN