fbpx

‘YB kenal tak nenek saya? Dia kerja di Putrajaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina dipeluk oleh salah seorang pelajar SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima, Pulau Pinang.

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkongsikan kisah mencuit hati semasa beliau bersahur bersama pelajar berkeperluan pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Bumbong Lima, Pulau Pinang.

Menurutnya, beliau ketika itu disapa oleh salah seorang pelajar yang bertanyakan soalan sama ada mengenali neneknya yang bekerja di Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya.

“YB kenal tak nenek saya? Dia kerja di KPM Putrajaya. Dia tak datang ke?

“Saya ‘blur, berpeluh, loading’. Takpa sayang nanti makcik cari nenek awak ya,” kata Fadhlina dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut berkongsikan kisah lucu ditanya seorang pelajar lain sama ada beliau merupakan Fadhlina Sidek yang ‘famous’ dan Menteri Pendidikan.

“Saya minta sayang. Saya tidak terlalu ‘famous’, tetapi kamu betul saya adalah Menteri Pendidikan,” katanya menjawab soalan tersebut.

Fadhlina turut melahirkan rasa terharu apabila seorang pelajar lain di sekolah itu menyatakan suka kepadanya dan mahu memeluknya.

“Ketika saya membuka sekolah ini kira-kira dua tahun lepas, hasrat saya cukup besar. Saya mahu melihat anak-anak berkeperluan pendidikan khas kami mendapat peluang yang lebih baik.

“Insya-Allah, di bawah Kerajaan Madani, akan lebih banyak lagi institusi pendidikan untuk anak-anak berkeperluan pendidikan khas akan dibangunkan,” katanya.

Jelas beliau, bakat dan potensi pelajar terbabit sangat luar biasa termasuk dalam bidang sukan, seni kreatif serta pelbagai kemahiran.

“Setiap anak adalah sangat berharga untuk saya dan mereka adalah permata negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI