PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sabah sehingga Jumaat ini.
Menurut MetMalaysia, antara kawasan terlibat di Pahang adalah Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Selain itu, di Johor melibatkan daerah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Bagi negeri Sabah pula, kawasan berisiko dilanda hujan berterusan adalah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” lapor MetMalaysia dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan sehingga esok dijangka berlaku sekitar Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu. – KOSMO! ONLINE