fbpx

Agong berbuka bersama PMX, delegasi luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi melalui Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan.

Melalui kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis tersebut diadakan di Istana Negara hari ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“ Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof,” tulis hantaran tersebut.

Majlis turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari Qatar, Bahrain, Mesir, Indonesia, Palestin, Brunei, Turkiye, Arab Saudi, Maldives, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Azerbaijan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah bersama tetamu-tetamu jemputan yang diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan di Surau Utama Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda kemudian berkenan berangkat ke Dewan Santapan Utama bagi majlis berbuka puasa,” tulis hantaran tersebut lagi.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI