fbpx
Tangkap layar menunjukkan solat ‘Tarawih Kilat’ diadakan di Pondok Al-Quraniyah pada 12 Mac 2024. - Tribunnews 

Tiada ‘tarawih kilat’ 7 minit tahun ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah pondok di Indonesia yang terkenal dengan solat tarawih selama tujuh minit terpaksa dibatalkan tahun ini kerana tiada imam, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Solat sunat digelar ‘Tarawih Kilat’ itu diadakan pada setiap Ramadan di Pondok Al-Quraniyah, Krangkeng dalam wilayah Jawa Barat. 

Ia menjadi kegilaan ramai orang kerana ditunaikan dalam 23 rakaat dalam masa cuma tujuh minit. 

Pengurus Pondok Al-Quraniyah, KH Azun Mauzun berkata, solat sunat secara pantas itu terpaksa dibatalkan kerana faktor usia. 

“Saya tidak boleh mengimamkan solat tarawih seperti biasa kerana semakin tua. 

“Kami sudah mencari pengganti tetapi tiada orang.

“Orang ramai meminta agar solat tarawih kilat itu kembali diadakan,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN