fbpx

‘Maafkan saya’ – Mikey Madison ‘lebur’ impian Demi Moore

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Madison yang baru berusia 25 tahun meranapkan impian Demi Moore apabila diumumkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi ke-27.

KEJUTAN besar berlaku pada Anugerah Akademi ke-97 apabila aktres yang disebut-sebut bakal merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik, Demi Moore tewas kepada Mikey Madison dalam acara yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Kekalahan Demi yang dicalonkan menerusi filem The Substance membangkitkan kemarahan netizen yang rata-rata berasakan dia adalah calon yang paling layak untuk membawa pulang anugerah berprestij itu.

“Saya menonton Oscar tahun ini semata-mata mahu menyaksikan kemenangan Demi. Ini adalah salah,” komen seorang netizen.

Kemenangan Demi dalam beberapa acara anugerah sebelum ini seperti Golden Globes, Critic’s Choice dan Screen Actors Guide telah membuatkan netizen yakin dia bakal merangkul trofi Oscar kali ini.

Lebih menambah luka di hati peminat Demi apabila Mikey Madison yang menang menerusi wataknya sebagai pelacur dalam filem Anora itu baru berusia 25 tahun berbanding Demi yang kini sudah berusia 63 tahun.

Mikey sewaktu menerima anugerah tersebut berkata, dia berasa gugup dan seakan-akan tidak percaya kemenangan menjadi miliknya.

“Maafkan saya. Saya sungguh gementar. Kemenangan ini bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan filem Anora. Juga kepada komuniti pekerja seks. Saya akan sentiasa menyokong anda. Pengalaman bekerjasama bersama anda adalah antara yang terbaik dalam kerjaya saya,” katanya.

Filem Anora merangkul lima trofi pada Anugerah Akademi tahun ini termasuklah anugerah Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI