fbpx
Kenaikan harga biskut raya tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos bahan mentah.

‘Berniaga takut tak laku, berhenti nanti tiada duit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kenaikan harga bahan mentah untuk pembuatan kek dan biskut raya membuatkan pengusaha berada dalam dilema sama ada mahu meneruskan perniagaan itu pada musim perayaan Aidilfitri kali ini.

Pemilik Anang Delights, Mastura Jamaldin berkata, margin keuntungan diperoleh juga semakin menyusut berikutan kenaikan bahan mentah tersebut.

“Misalnya harga serbuk koko meningkat kepada RM38 sekilogram akhir tahun lalu berban­ding RM30 sebelum ini dan tidak mustahil ia boleh mencecah RM50.

“Harga bahan mentah memang mahal dan peniaga pula semakin tersepit kerana terpaksa mengekalkan harga jualan sehabis mungkin ekoran kuasa beli pelanggan juga semakin menipis,” katanya kepada Kosmo!.

Mastura yang menjual pelbagai jenis biskut raya seperti biskut makmur, oats, suji royal, biskut Jakarta dan choc chip almond tidak menolak kemungkinan terpaksa juga menaikkan harga pada musim Aidilfitri ini.

Bagaimanapun, dia terpaksa menanggung risiko dan bersedia menghadapi rungutan pelanggan, sekali gus kemungkinan besar tempahan biskut raya akan berkurangan.

“Pernah juga terfikir untuk berhenti membuat biskut dan kek raya, tetapi perlu diteruskan juga demi kelangsungan hidup,” katanya.

Di Pontian, Johor, pengusaha kuih raya terpaksa meneruskan operasi bagi memenuhi permintaan pelanggan terutama pemborong yang telah membuat tempahan tiga bulan sebelum hari raya.

Norsafarina Ahmad, 32, berkata, dia mula menerima tempahan pada Januari lalu terutama pemborong kuih dari Singapura dan Tanjung Balai, Kepulauan Riau, Indonesia selain pasaran dalam negara.

“Kami berharap bahan mentah bakeri tidak lagi naik menje­lang raya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN