fbpx
KEBAKARAN empat kedai termasuk bengkel yang memusnahkan 22 motosikal di Laluan Utama Kampung Tekah Baru, Ipoh hari ini. - Foto IHSAN JBPM

Bengkel terbakar, 22 motosikal musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Sebanyak 22 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Laluan Utama Kampung Tekah Baru, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 5.11 pagi.

Katanya, setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel motosikal dan kereta serta kedai makan dan premis kosong.

“Kejadian itu menyebabkan bengkel motosikal terbakar 70 peratus dan memusnahkan 22 buah motosikal yang berada di dalam bengkel.

“Bagaimanapun, insiden itu tidak membabitkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi pemadaman segera dilakukan menggunakan aliran dan pancutan air dari jentera bomba sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Operasi pemadaman membabitkan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, BBP Ipoh dan BBP Gopeng itu tamat pada pukul 6.53 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN