fbpx
ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa yang maut ditetak dalam kejadian di Seksyen 7, Shah Alam Jumaat lalu.

Tetak majikan lewat bayar gaji RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kelewatan bayaran gaji selama tiga bulan dipercayai menjadi punca seorang penyelia kedai runcit warga Bangladesh maut ditetak pekerjanya di premis itu di Seksyen 7, di sini Jumaat lalu.

Difahamkan, suspek ber­usia lingkungan 30-an bertindak demi­kian selepas masih tidak menerima bayaran lebih RM2,000 pada 10 Februari lalu.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa lelaki berusia 45 tahun ditetak dengan pisau pemotong daging oleh suspek lelaki yang juga warga negara sama.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam mengenai kes tetak di hadapan kedai itu pukul 8.26 pagi.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa yang terbaring disahkan meninggal dunia dengan­ kesan kecederaan di kepala, badan dan tangan.

“Siasatan mendapati pertengkaran mulut berlaku antara ­mangsa dengan suspek yang juga pekerjanya mengenai kelewatan bayaran gaji selama tiga bulan.

“Suspek sepatutnya menerima bayaran itu pada 10 Februari lalu. Mangsa diserang dengan pisau dan ditetak berulang kali se­hingga jatuh terbaring di depan kedai,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Katanya, hasil maklumat diperoleh, polis menahan lima warga asing termasuk suspek utama dan dua wanita berusia 33 hingga 53 tahun pada pukul 1.49 te­ngah hari pada masa kejadian.

“Semakan lanjut mendapati mereka tiada rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing negatif dadah.

“Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Mohd. Afandi Ahmad di talian 016-725 2948.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN