fbpx

Pesakit kanser di Kelantan meningkat setiap tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (kanan) mengiringi Abdul Rahman (dua dari kanan) semasa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit kanser sempena Program Sambutan Hari Kanser Sedunia di HRPZ II, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

KOTA BHARU – Jumlah pesakit kanser di Kelantan mencatatkan peningkatan setiap tahun dengan kebanyakan kes dikesan sudah lewat apabila jangkitan dikenal pasti sudah berada pada tahap tiga dan empat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, keadaan itu menyebabkan rawatan untuk pesakit-pesakit tersebut menjadi lebih mencabar.

Menurutnya, faktor utama peningkatan kes kanser di Kelantan adalah disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat untuk menjalani pemeriksaan pada peringkat awal selain amalan gaya hidup yang tidak sihat.

“Sebanyak 10 jenis kanser yang banyak dikesan dalam kalangan pesakit iaitu payudara, usus, paru-paru, darah, hati, prostat dan ovari.

“Berdasarkan statistik, peningkatan penyakit kanser dilihat berlaku dalam tempoh tiga tahun berturut-turut iaitu 1,183 kes pada 2021, 1,468 kes (2022) dan 1,616 kes (2023),” katanya pada sidang akhbar selepas Program Sambutan Hari Kanser Sedunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Abdul Rahman Yunus.

Mengulas lanjut, Zaini memberitahu, berdasarkan data tersebut, sebanyak 50 pesakit terdiri daripada lenghidap kanser tahap tiga dan empat.

Beliau berkata, penubuhan Pink Ribbon Centre (PRC) di HRPZ II di sini merupakan salah satu usaha untuk mengesan kanser bermula peringkat awal dan merawat pesakit kanser payudara. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI