fbpx
Ikan belida gemar menyambar anak-anak ikan yang berada di antara sempadan air keruh dan sedikit jernih.

‘Mengurat’ belida bintik Sungai Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Bagi penduduk yang tinggal berhampiran sungai, antara akti­viti mereka adalah menangkap ikan sama ada untuk tujuan jualan mahupun sara diri.

Ada dalam kalangan mereka menjadi nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Infomarsi tentang musim ikan biasanya saya akan dapatkan daripada sahabat -sahabat yang menjadi nelayan.

Saya amat menggemari teknik mengilat apabila berkunjung ke kampung mentua di Segamat, Johor. Sasaran utama pancingan saya pada awalnya tidak lain dan tidak bukan adalah ikan sebarau.

Namun, target bertukar kepada ikan belida bintik pula kerana dikhabarkan oleh sahabat nelayan, ikan ini sedang aktif bermain air di kampungnya.

Tanpa berfikir panjang, saya terus menghubunginya untuk belajar mengenai peralatan yang sesuai digunakan.

Di samping itu, saya juga menelaah semula bahan bacaan berupa majalah-
majalah memancing lama tentang rahsia menduga ikan belida yang diketahui umum agak cerewet untuk menyambar gewang.

Setelah yakin dengan info yang saya dapat, barulah saya turun ke lokasi. Di lokasi, kelihatan ikan belida sangat aktif bermain air dan menyambar ikan apabila cuaca semakin panas. Sangat berbeza dengan kebiasaan sifat ikan sebarau yang lebih aktif di awal pagi dan menjelang senja.

Menggunakan gewang selaman dalam bergemerincing yang dikarau perlahan membuahkan
sambaran kuat seraya lompatan aksi akrobatik hingga membuatkan jantung berdetak kencang khuatir
ikan lolos.

Gewang selaman dalam profil bergemerincing sesuai dimainkan di kawasan air berkeladak.

Namun akhirnya, kejayaan memihak kepada saya apabila terdamparnya seekor belida bintik.

Keesokan harinya, saya bertandang semula bersama dua anak lelaki. Memandangkan lokasi mengilat hanya di tepi jalan dan lapang, ia amat sesuai untuk dijadikan lapang sasar menggilap kemahiran mengilat masing-masing.

Rezeki memihak kepada mereka apabila masing-masing memperoleh seekor belida bintik dan seekor haruan walaupun beberapa kali terlucut dan ada gewang yang putus dilarikan pemangsa dipercayai belida bersaiz besar.

Aktiviti memancing bersama ke­luarga merupakan aktiviti yang sihat dan dapat bebas seketika daripada gajet. Faktor keselamatan amat ditekankan kerana terdedah dengan pelbagai risiko seperti tergelincir, tertusuk mata kail dan persekitaran tidak kondusif. Oleh itu, mata dan telinga sentiasa peka terhadap setiap pergerakan anak-anak dan sering mengingati mereka supaya berhati-hati.

Belida bukan ikan yang sedap dimakan kerana mempunyai tulang belulang halus yang banyak serta tidak sesuai untuk santapan keluarga mempunyai anak kecil.

Namun, ikan ini amat sesuai dija­­d­i­kan bebola ikan disebabkan tekstur isinya kenyal dan mudah diasingkan dari tulang dengan hanya mengaut isinya menggunakan sudu.

Aktiviti mengolah ikan belida daripada bahan mentah hingga ke meja makan dilakukan bersama ahli keluarga pastinya menggamit memori indah sepanjang hayat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN