fbpx
Keadaan banjir di Serian, yang ketika ini 19 PPS dibuka bagi menempatkan mangsa banjir dari bahagian berkenaan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak bermula Selasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak bermula Selasa, 4 Februari sehingga Rabu, 5 Februari.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan bahawa amaran tersebut melibatkan hujan lebat berterusan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei) dan Mukah.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, serta laman media sosial jabatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN