fbpx
Siti membawa diri ke Pondok Al-Jaafar selepas menantu perempuan bersikap dingin dengannya.

Anak kerja hebat tapi tak mahu jaga orang tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOPENG – “Anak saya ada yang bekerja sebagai jurutera, pensyarah dan cikgu dengan gaji ribuan ringgit, namun tiada siapa yang mahu menjaga saya.”

Itu keluhan seorang warga emas di Pondok Al-Jaafar di sini, dikenali sebagai Rahman, 72, yang telah tinggal di pusat pengajian asas al-Quran itu sejak Ogos 2022.

Katanya, sebelum memasuki pondok itu, dia pernah hidup sebagai gelandangan di sekitar Dengkil, Selangor.

“Bayangkan, daripada 12 orang anak yang berusia antara 21 hingga 46 tahun, hanya seorang sudi melawat saya di pondok agama ini.

“Yang lain tak tahulah di mana silapnya, hinggakan anak sulung yang berusia 40-an itupun sudah lebih 30 tahun tak pernah bertemu,” katanya kepada Kosmo! Ahad.

Menurutnya, ada juga anaknya yang datang bertemu dengannya, namun ia bagi tujuan mencari wali untuk pernikahan, bukanlah untuk bertanya khabar.

Katanya, musim perayaan juga sama apabila seorang pun anak-anaknya tidak menghubunginya.

“Saya tidak nafikan mungkin ketegasan sewaktu membesarkan mereka menjadi antara punca saya diabaikan, namun tidak sangka sehingga ke tahap ini.

“Sebelum ini saya hanya membaca kisah orang tua diabaikan anak-anak, namun siapa sangka ia terjadi kepada diri sendiri,” katanya.

Seorang lagi penghuni dikenali Siti, 60, pula berkata, dia membawa diri ke Pondok Al-Jaafar kerana tidak mahu berselisih faham dengan ahli keluarganya.

Katanya, ketiga-tiga menantu perempuannya bersikap dingin dengan dirinya sehingga dia mengambil keputusan menetap di pondok tersebut.

“Di usia yang telah lanjut ini, biarlah saya belajar agama dan bertaubat kepada Allah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN