fbpx
Orang ramai melihat percikan bunga api pada ambang tahun baharu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

‘Orang Muslim patutnya malam tahun baharu solat, zikir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman menempelak tindakan individu Muslim yang menghadiri konsert hiburan pada malam tahun baharu sehingga mengundang aktiviti yang tidak bermoral.

Katanya, umat Islam sepatutnya menggantikan aktiviti malam tahun baharu dengan solat, zikir dan muhasabah diri daripada terjebak dengan perkara-perkara kemaksiatan.

“Sebagai Muslim amat dianjurkan untuk mengutamakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. Menghadiri konsert hiburan yang penuh dengan maksiat bukan sahaja boleh mengurangkan ke­imanan, tetapi juga mengundang kemurkaan Allah.

“Hiburan dibenarkan dalam Islam selagi tidak bertentangan dengan syariat, namun konsert hiburan yang melibatkan percampuran lelaki dan wanita tanpa batas, suasana yang me­lalaikan, serta perbuatan se­perti menari bebas di hadapan umum adalah haram dan tidak dibenarkan dalam Islam.

“Sebaiknya, isi malam ter­se­but dengan aktiviti yang mendekatkan diri kepada Allah dan memperbaiki diri untuk masa hadapan,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua lelaki dan dua wanita tempatan yang maut selepas menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Selangor ketika meraikan ambang tahun baharu Selasa lalu disyaki positif dadah jenis ekstasi.

Kata Mohd. Sukki, sambutan tahun baharu masihi biasanya dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang meruntun nafsu seperti perhimpunan besar-besaran muda-mudi dan remaja belia, kemudian diikuti de­ngan persembahan konsert dan per­cikan bunga api yang amat mempesonakan.

Katanya, tambah ‘menyeronokkan’ lagi ialah perhimpunan itu melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan serta pengkid dan pondan tanpa garis pemisahan.

“Sesuatu yang amat mendukacitakan yang berlaku ialah apabila tibanya sambutan tahun baharu masihi, ia dicemari dengan sambutan bercirikan maksiat yang bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, tetapi tidak menepati adab-adab dan nilai-nilai masyarakat Melayu yang terkenal dengan akhlak dan budi pekerti yang baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN