PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda negeri-negeri di Pantai Timur dan Johor bermula 4 sehingga 6 Januari ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat di Pantai Timur termasuk seluruh Terengganu serta Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai di Kelantan.
“Di Pahang pula, kawasan yang terkesan ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, dan Rompin,” lapor MetMalaysia.
Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Mersing dan Kota Tinggi di Johor. – KOSMO! ONLINE













