fbpx

Amanat arwah ibu iringi kejayaan juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAZWANA (dua dari kanan) berbangga akhirnya memenangi pingat emas pada penampilan terakhir di Kejohanan Dunia.

IMPIAN arwah ibu menjadi pembakar semangat buat pesilat negara, Siti Shazwana Ajak ketika muncul juara kategori kelas D (putri) pada Kejohanan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu.

Pesilat yang lebih mesra dengan panggilan Wana itu berkata, gelaran juara dunia yang diraih bukanlah satu perkara mudah kerana perlu berdepan detik sukar dalam hidup dengan pemergian ibu tersayang.

Justeru, impian arwah ibu yang mahu menyaksikan dia muncul juara pada kejohanan dunia menjadi suntikan semangat buatnya untuk menampilkan aksi terbaik sebelum memastikan kilauan pingat emas berjaya digenggam.

“Kejuaraan ini ada cerita tersendiri dan ceritanya cukup panjang. Kejayaan ini saya fokuskan serta tanamkan buat arwah ibu kerana ini adalah impian beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Memang ia adalah impian ibu saya tetapi tidak sempat untuk melihatnya. Beliau hanya sempat menyaksikan saya memenangi pingat perak pada Kejohanan Pencak Silat Dunia di Melaka sebelum ini,” katanya.

Meskipun ibu tidak dapat menyaksikan kejayaannya menjadi juara dunia, namun pelajar Doktor Falsafah (Pengurusan Awam) di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu percaya kemenangannya berpunca daripada semangat ibunya serta keinginan diri.

Sebagai rekod, pesilat kelahiran Sabah berusia 32 tahun itu sudah melakukan penampilan sebanyak tiga kali pada kejohanan dunia dengan dua edisi terdahulu menyaksikan dia memenangi pingat gangsa dan perak.

“Ini adalah penampilan ketiga saya di Kejohanan Dunia. Penampilan pertama saya meraih gangsa, manakala kedua memenangi perak. Saya juga merancang ini adalah penampilan terakhir di Kejohanan Dunia,” ujar Shazwana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI