fbpx
Pelancong lebih gemar menggunakan gojek BKH kerana menjimatkan masa dan bebas daripada terperangkap dalam kesesakan di ICQS untuk masuk ke Thailand.

‘Gojek’ makin popular di Bukit Kayu Hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Penutupan Kompleks Bebas Cukai memberi rahmat buat pengusaha motosikal tambang dikenali gojek BKH apabila perkhidmatan itu semakin menjadi pilihan buat mereka yang ingin segera ma­suk ke Thailand terutama pada musim cuti dan perayaan.

Perkhidmatan berdekatan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini itu digunakan untuk mengelak pelancong terperangkap dalam kesesakan teruk.

Penunggang gojek BKH, Ashraf Aziz, 30, berkata, dia mampu meraih pendapatan dua hingga tiga kali ganda sejak fenomena yang popular di Thailand itu melanda rakyat negara ini.

“Ramai gunakan gojek BKH apabila Kompleks Bebas Cukai ditutup menyebabkan mereka terpaksa meletakkan kereta di Darul Qiyyam. Untuk elak kesesak­an, mereka pilih motosikal, tambahan pula ada laluan khas untuk kami di kaunter imig­resen.

“Jika naik teksi pun akan terperangkap juga jadi gojek BKP jadi pilihan terbaik untuk cepat sampai,” katanya ketika ditemui di Darul Qiyyam di sini semalam.

Menurut Ashraf, tambang RM15 dikenakan dari Darul Qiy­yam ke sempadan Thailand dekat Dannok, Songkhla.

“Sekejap sahaja tidak sampai 10 minit kalau urusan di imig­resen lancar. Kalau musim cuti ini mungkin sesak sikit sebab banyak yang guna motosikal tambang seperti Jumaat lepas, terpaksa beratur berpuluh ­motosikal.

“Apapun lebih mudah dari­pada bawa kereta sendiri. ­Banyak yang guna perkhidmatan kami sebab nak ke Hatyai guna van di sana,” katanya yang sudah 10 tahun bekerja sebagai penunggang motosikal tambang.

Bagi Jo, 62, dia beralih ke bidang itu selepas berhenti kerja sebagai pemandu lori.

“Musim cuti ini kami tidak menang tangan untuk ambil tempahan pelanggan. Kalau hari biasa dapat lima enam trip sahaja tetapi kalau waktu puncak boleh dapat sehingga 20 trip. Kami kerja dari pukul 6 pagi hingga 11 malam,” katanya.

Ujar Jo, terdapat 40 penunggang gojek BKP yang terdiri daripada pemuda sekitar.

“Cabaran kami mungkin terpaksa bersaing dengan gojek Thailand,” katanya.

Seorang pelancong, Zubir Zainuddin, 35, dari Pulau Pinang, dia lebih selesa memilih perkhidmatan motosikal tambang tersebut ketika musim perayaan untuk ke Hatyai.

“Kalau bawa kereta mungkin terperangkap dalam ‘jem’ berjam-jam lagipun saya ke Hatyai dengan kawan-kawan jadi lebih senang guna perkhidmatan ini sahaja. Dulu boleh parking dekat

Kompleks Bebas Cukai dan jalan kaki sahaja tetapi tempat itu sudah tutup,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN