fbpx
BIDANG robotik antara kursus yang disediakan menerusi TVET.

TVET penting, bukan lagi bidang picisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sudah tiba masanya Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) diberikan perhatian khusus oleh ibu bapa yang masih lagi skeptikal terhadap bidang tersebut.

Saban tahun apabila tiba musim pelajar menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pasti ada ibu bapa yang berasa kecewa dan hampa sekiranya ia tidak menepati sasaran.

Malah, ada segelintir ibu bapa kecewa apabila impian untuk melihat anak meraih keputusan A bagi semua mata pelajaran tidak tercapai.

Akhirnya, dengan rasa berat hati mereka akan mula mencari institusi pengajian tinggi (IPT) tidak kira awam atau swasta yang mempunyai pengkhususan dalam bidang TVET sebagai pilihan.

Bagaimanapun, mentaliti itu perlu diubah kerana TVET bukanlah bidang kelas kedua kerana ia sama penting dengan bidang lain.

Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Ungku Omar (PUO), Hamimah Salleh berkata, TVET memainkan peranan penting sebagai salah satu pilihan kerjaya kerana ia menumpukan pada kemahiran teknikal yang lebih khusus.

Menurut beliau, ini termasuklah bidang kejuruteraan, automasi dan teknologi maklumat.

Katanya, terdapat beberapa sebab mengapa TVET adalah pilihan terbaik masa kini.

“Banyak sektor seperti pembuatan, teknologi, khidmat kesihatan dan Teknologi Maklumat memerlukan pekerja mahir dan institusi TVET menyediakan program khusus yang sesuai dengan permintaan.

“Ini membolehkan graduan TVET terutama graduan Teknologi Maklumat memasuki pasaran kerja dengan kemahiran yang sangat diperlukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hamimah berkata, graduan juga berpeluang tinggi mendapat pekerjaan dalam tempoh singkat kerana kemahiran-kemahiran tertentu amat diperlukan dalam industri.

“Bidang itu juga menawarkan pendapatan yang kompetitif. Graduan yang mempunyai kemahiran dan persijilan profesional boleh memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding dengan beberapa pekerjaan profesional yang lain,” katanya.

Tambahnya, dengan cabaran dan perubahan dalam pasaran kerja sekarang, TVET adalah pilihan relevan untuk mereka yang ingin membina kerjaya stabil dan mampan selain memenuhi permintaan industri.

Kerajaan pada masa kini juga aktif mempromosikan bidang TVET sebagaimana yang dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi laporan media, beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, kerajaan akan berusaha membantu pelajar lepasan tingkatan tiga untuk mengikuti kursus-kursus di bawah program TVET.

Menurutnya, para pelajar dalam bidang berkenaan akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu hingga lima yang mana ia setaraf dengan SPM (tahap satu hingga tiga) dan taraf seperti Diploma.

Tambahnya, sehingga 31 Oktober lalu, seramai 408,000 pelajar TVET di seluruh negara telah direkodkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN