fbpx
Zahnita.

Tidak ramai wanita sekuat Zahnita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KERAP kali kita membaca laporan kes-kes keganasan rumah tangga sama ada dalam akhbar atau media sosial.

Kebanyakan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan melibatkan mangsa wanita iaitu isteri. Kes keganasaan rumah tangga sama ada fizikal atau emosi turut berlaku ke atas anak-anak.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pendedahan mengejut bekas peragawati, Zahnita Wilson yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Selepas mendirikan rumah tangga, ibu kepada empat cahaya mata itu hilang seketika daripada dunia seni mungkin mahu memberikan fokus terhadap keluarga.

Tiada angin tiada ribut, pada awal bulan ini, Zahnita yang juga pelakon membuat pengakuan di media sosial berserta bukti mata lebam.

Penulis tidak mahu menyentuh secara mendalam mengenai kejadian yang menimpa Zahnita memandangkan kes tersebut sudah dituduh di mahkamah dan akan melalui proses perbicaraan demi keadilan kedua-dua belah pihak.

Namun, apa yang penulis puji adalah tindakan Zahnita yang berani bersuara dan bertindak.

Tidak keterlaluan saya katakan masih ada ramai wanita yang sanggup menjadi ‘karung tinju’ seolah-olah merelakan perlakuan suami mereka walaupun boleh mengancam nyawa sendiri.

Mereka lebih rela menahan diri daripada dihina, menanggung sakit akibat dipukul, ditampar dan diterajang dengan alasan tertentu seperti takut jadi janda, tiada sumber pendapatan dan tiada sokongan moral daripada keluarga serta teman rapat. Ada isteri yang enggan lari kerana tidak mahu anak-anak membesar tanpa kasih sayang bapa.

Ada juga isteri yang membuat aduan kemudian menarik semula laporan polis selepas dipujuk rayu oleh si suami. Bergaduh itu asam garam rumah tangga, tapi ia bukan ‘lesen’ untuk angkat tangan.

Sewaktu membuat liputan kes-kes jenayah sebelum ini penulis bertemu seorang gadis cantik yang mana kehidupannya ketika solo hampir sempurna. Seorang lulusan universiti terkemuka dan mempunyai kerjaya tetap.

Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua-dua orang tuanya, namun akhirnya jatuh di tangan lelaki yang salah. Rupa paras yang digilai ramai lelaki suatu ketika dahulu kini tidak ubah seperti mayat hidup.

Sudah puas orang terdekat memberikan nasihat, namun dia memilih untuk bersama suami si kaki pukul dengan harapan lelaki itu akan berubah suatu hari nanti.

Walaupun pelbagai saluran disediakan kerajaan antaranya Talian Nur (15999), Perintah Perlindungan Kecemasan dan aduan ke pejabat kebajikan masyarakat di kawasan masing-masing, namun akhirnya keputusan itu mangsa sendiri yang akan tentukan.

Mereka sendiri yang akan memilih sama ada mahu lari daripada rumah tangga toksik atau terus kekal dalam ‘neraka dunia’ dengan alasan tersendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN