fbpx
Rata-rata ibu bapa menggunakan khidmat PI bagi memastikan anak tidak terjebak dengan masalah sosial. -Gambar Hiasan

Anak VVIP buat ‘private party’ guna duit bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Khidmat pe­nyiasat persendirian (PI) bukan sahaja untuk mengintip pasa­ngan curang, malah ada orang kenamaan (VVIP) yang me­ngupah mereka untuk memantau anak masing-masing.

Tindakan itu dibuat kerana ada dalam kalangan VVIP yang mahu mengetahui aktiviti atau pergerakan anak mereka ketika berada di luar rumah.

Pengarah Operasi Mr. Detective dikenali sebagai Ray berkata, ada ibu bapa menggunakan k­hidmat PI untuk menjejaki aktiviti anak termasuk yang menun­tut di institusi pengajian tinggi.

“Mereka hendak tahu sama ada anak terlibat dalam masalah sosial selain cara anak mem­belanjakan wang saku.

“Ibu bapa bimbang apabila menyedari tingkah laku anak mereka berubah ketika berada di rumah,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Ray, terdapat kes seorang PI mengekori pelajar kolej dan mendapati remaja itu menyewa sebuah kediaman untuk menganjurkan private party.

“Segala bukti yang diperoleh akan diserahkan kepada klien (ibu bapa) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah Ray, rata-rata ibu bapa menggunakan khidmat PI bagi memastikan anak tidak terjebak dengan masalah sosial memandangkan mereka mempunyai kekangan masa kerana sibuk dengan karier.

“Skop perkhidmatan PI amat luas bukan hanya tertumpu kepada kes korporat dan kecurangan dalam perkahwinan semata-mata,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan semakin ramai golongan isteri menggunakan khidmat PI untuk mengintip pergerakan pasa­ngan yang disyaki mempunyai ‘kekasih gelap’ sehingga ada yang sanggup membayar RM50,000.

Kebanyakan mereka terdiri daripada VVIP yang curiga apabila suami mula menunjukkan perubahan tingkah laku ‘liar’ ketika berada di luar rumah. Kecurangan antara kes pa­ling banyak dikendalikan setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN