fbpx

SPRM peroleh perintah larang pihak tertentu akses harta 1MDB bernilai USD340 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh Perintah Larangan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi melarang pihak tertentu untuk berurusan dengan harta melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) berjumlah USD340 juta.

Ketika ini, dana itu berada di luar Malaysia iaitu dalam simpanan UK Court Fund Office di United Kingdom.

SPRM berkata, perintah larangan itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh pada 10 Disember selepas berpuas hati dengan bukti dikemukakan pihak pendakwaan.

Katanya, ia menunjukkan bahawa dana berkenaan mempunyai kaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram.

“Perintah ini juga sekali gus turut menghalang Ketua Pegawai Eksekutif Petrosaudi International Ltd (PSI), Tarek Obaid daripada mengakses dana berkenaan.

“Perintah Larangan ini dibuat di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLTFPUAA 2001) berdasarkan permohonan yang difailkan oleh pihak pendakwaan pada 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Sebelum ini, pada 13 Mac lalu, SPRM berjaya mendapatkan Perintah Larangan ke atas 41 barangan kemas di Hong Kong bernilai lebih GBP 9.4 juta milik Tarek Obaid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI