PETALING JAYA – Seramai 3,619 mangsa banjir terdiri daripada 828 keluarga direkodkan pada pagi ini, menurun berbanding petang semalam yang mencatatkan seramai 4,864 orang.
Negeri yang terjejas adalah Terengganu, Johor, Perak dan Pahang.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Terengganu mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 3,406 orang daripada 770 keluarga.
Johor berada di tempat kedua dengan 139 mangsa daripada 38 keluarga diikuti Perak dengan 34 mangsa daripada 11 keluarga.
Pahang pula mencatatkan 40 mangsa daripada 9 keluarga.
“Sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi setakat pagi ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE














