fbpx

KKR peruntuk RM312.1 juta baik pulih jalan rosak akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (kiri) merasmikan HPTN 2024 di PICCA Convention Centre, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang dalam proses menilai tahap kerosakan jalan dan cerun yang rosak susulan gelombang pertama banjir yang berlaku baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penilaian sedang dilaksanakan bagi membolehkan kerja baik pulih dilaksanakan dengan segera.

“Setakat semalam, kita memperuntukkan RM312.1 juta untuk kerja selenggara dan baik pulih jalan bagi kawasan Semenanjung.

“Daripada jumlah terbabit, sebanyak RM247 juta diperuntukkan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan, manakala RM40.3 juta dikhususkan bagi baik pulih cerun Jalan Persekutuan.

“Peruntukan baik pulih Jalan Negeri pula adalah sebanyak RM24.8 juta,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2024 di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, di sini hari ini.

Sementara itu, bersempena HPTN 2024, beliau berkata Belanjawan 2025 yang berjumlah RM423 bilion telah memperuntukkan sebanyak RM88 billion termasuk RM2 bilion dana kontingensi atau 20 peratus untuk tujuan belanja pembangunan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI