fbpx
Scammer turut menjadikan warga emas sasaran berkualiti, dengan nilai kerugian dialami golongan itu melebihi RM807.8 juta sejak 2021. - GAMBAR HIASAN

Perlu ‘idea gila’ banteras scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SCAMMER makin lama makin meramai, serentak populasi pengguna internet yang kian bertambah.

Amat menggerunkan hari ini tumbuh pesat satu komuniti hacker. Mereka boleh godam mana-mana sahaja akaun kita.

Yang dibimbangi, orang tua kita di kampung. Apa lagi warga emas berpencen kerajaan. Ratusan ribu duit dalam simpanan. Pemilikan geran tanahnya berekar-ekar dan rumah bernilai tinggi.

Seharusnya anak-anak kena kerap bertanya khabar dan ziarahi mereka. Ini bukan semata-mata soal duit atau materialistik, tetapi lebih dari itu lagi – isu keselamatan.

Biasanya bila digertak scammer yang mengancam orang-orang disayangi – anak-anak dan cucu – orang tua kita akan senyap dan berahsia. Jadi, dekati dan ambil berat.

Mahukah nanti tiba-tiba orang tua kita hilang lenyap begitu sahaja? Kalau jumpa pun hanya tubuh sudah terbujur kaku.

Tidak boleh harapkan sangat pihak berkuasa, waima bank sekali pun yang seolah-olah hilang punca dan ‘mati akal’ tiada upaya melawan scammer. Kalah sentiasa.

Data mangsa scam ini amat dahsyat. Sindiket scammer dalam talian ini menjadikan warga emas sasaran berkualiti, dengan nilai kerugian dialami golongan itu melebihi RM807.8 juta sejak 2021.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman merekodkan lebih RM2.678 bilion kerugian keseluruhan akibat kes penipuan dalam talian ini bagi tempoh 2021 hingga 2023.

Daripada jumlah itu, 20 peratus babitkan mangsanya warga emas dengan kerugian lebih RM552.5 juta. Tahun 2024 setakat Ogos sahaja, sejumlah 1,916 warga emas menjadi mangsanya dengan nilai kerugian terkumpul lebih RM255.3 juta.

Usah ngomong kosong akan penangan dahsyat scammer ini. Wajib direntaskan balik dengan Bank Negara Malaysia (BNM) langkah-langkah pemantauan yang agresif.

BNM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu ada penampakan cara dan kaedah kreatif membanteras scammer ini.

Ramai mengadu sistem penampakan ini tiada tindakan. Ketara sangat online kita tidak berjaya, yang realitinya diuji setiap saat oleh ‘mereka’.

Ah! perhatikan sekeliling. Kartel merajai industri tertentu berkepentingan rakyat. Scammer bermaharajalela. Rasuah berleluasa. Isu-isu berkisar industri ternakan, pertanian, ekonomi serta pendidikan terus dipolemikkan.

Itu belum lagi peluang rumit pekerjaan warga tempatan, lambakan pendatang haram, kerenah birokrasi sehingga ke hal-hal menyentuh penyakit mental dan kronik.

Jangan nanti ini semua hanya perlihatkan kuasa dan undang-undang yang ada sudah luntur. Bila pohon tumbang, kura-kura pun naik.

Susur balik sejarah. Kemudian kaji undang-undang negara. Akhirnya rumuskan apa harus dibuat untuk rakyat supaya anak cucu cicit kita tidak tercari-cari atau teragak-agak tentang haluan dan kedudukan bangsa.

Agar kita jangan seperti pantun bidalan:
Udangnya banyak di hilir
Ikan diatur dengan galah
Undang-undang memang mahir
Tapi bicara kita kalah

Bangsa yang ambil iktibar dari sejarah lampau untuk dijadikan pedoman dan hala tuju, diyakini akan terus maju. Rasuah, kartel, scammer barangkali takut hendak ‘hinggap’.

Perlu ada ‘idea gila’ atau kreatif banteras scammer dalam talian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN