fbpx

Golongan T15 bagi penyasaran subsidi RON95 diumum pertengahan 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengelasan golongan T15 yang merujuk kepada rakyat berpendapatan tinggi bagi penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, ia akan memberi ruang kepada mereka yang belum mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk berbuat demikian dan yang telah berdaftar tetapi didapati tidak layak untuk membuat rayuan.

“Akan ada mekanisme untuk rayuan, jadi perkara ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan di stesen minyak kelak.

“Jadi sebab itu tempoh separuh tahun pertama 2025 adalah bagi pelaksanaan (penentuan pengelasan) itu perlu diselesaikan terlebih dahulu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai pelaksanaan sulbsidi petrol RON95 dan pendekatan terhadap golongan yang terkesan bagi menerima bantuan sewajarnya.

Rafizi berkata, penyasaran subsidi RON95 itu mengambil kira aspek pendapatan boleh guna bersih dengan 85 peratus rakyat dijangka layak mendapat subsidi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI