fbpx

‘Semuanya bermula dengan tandas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Asyraf Wajdi ketika memeriksa tandas di salah sebuah insititut pendidikan Mara sebelum ini.

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa fasiliti tandas di semua insititut pendidikan Mara perlu diberi keutamaan.

Asyraf Wajdi berkata, perkara itu selari dengan prinsip Islam bahawa semuanya bermula dengan kebersihan tandas.

Menurutnya, dalam sistem pendidikan Jepun, setiap hari pelajar diperuntukan waktu untuk membersihkan tandas sebagai salah satu aktiviti wajib.

“Pernah saya bertanya kepada seorang Profesor ketika saya ke Tokyo. Kata beliau, jika mahu maju, perkara asas yang perlu diterapkan dalam kalangan pelajar seawal usia adalah disiplin kebersihan.

“Kebersihan paling mendasar adalah tempat yang paling jijik bagi manusia iaitu tandas,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, kata Asyraf Wajdi, beliau akan sentiasa melihat kondisi yang paling asas iaitu tandas setiap kali melawat institusi pendidikan Mara.

Asyraf Wajdi sebelum ini sering melakukan pemeriksaan ke atas Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara susulan aduan yang diterima pihaknya.

Selain tandas, beliau memeriksa kebersihan makanan dan kondisi fasiliti lain yang disediakan untuk pelajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI