fbpx

Laskar Kanan APMM didakwa makan rasuah RM10,700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD ADZMIN didakwa menerima rasuah RM10,700 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.-Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seorang Laskar Kanan Maritim Malaysia (APMM) didakwa enam pertuduhan menerima rasuah RM10,700 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Muhammad Adzmin Zolkepli, 32, bagaimana mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bertugas di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kedah dan Perlis telah menerima wang berjumlah RM10,700 antara 2 Januari 2022 hingga Oktober 2022.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Segamat, Johor dengan menerima pindahan wang daripada seorang pemilik syarikat melalui akaun orang tengah.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dengan denda atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi semua pertuduhan selain menetapkan tarikh 7 Februari depan untuk sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI