fbpx

Tanya “kamu okay ke?” boleh ubati luka wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Ramai wanita yang menjadi mangsa penderaan memilih untuk berdiam diri, menyembunyikan luka yang dialami sama ada secara fizikal mahupun emosi.

Menerusi perkongsian oleh Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, wanita memilih untuk tidak bersuara kerana mereka menunggu seseorang yang sudi bertanya dan mendengar tanpa menghakimi.

Tindakan mudah seperti bertanya khabar boleh menjadi tanda prihatin kepada wanita yang mungkin sedang menyembunyikan kesakitan.

Luka yang tidak kelihatan mungkin lebih dalam daripada yang disangka, dan tanda-tanda mencurigakan seperti lebam atau kesan luka boleh menjadi petunjuk kepada isu yang lebih serius.

“Lelaki yang pernah menaikkan tangan jarang sekali berhenti di situ, menjadikan sokongan emosi dan perhatian daripada orang sekeliling sebagai aspek penting untuk membantu mangsa,” ujar PHM.

Justeru, menjadi pendengar yang tidak menghakimi serta memberi ruang kepada mereka meluahkan perasaan boleh menjadi langkah awal untuk menyelamatkan nyawa.

Kadangkala, soalan mudah seperti “Kamu okey ke?” mampu membawa perubahan besar dalam hidup seseorang yang memerlukan bahu untuk bersandar. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI