fbpx
SABRINA pernah gagal membanggakan ibu bapanya dalam SPM, namun bangkit dengan pencapaian hebat di peringkat universiti.

Sabrina menyanyi untuk lepaskan tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang unik. Ada yang meninggalkan kesan positif dan ada juga yang diingati sebagai kenangan pahit.

Bagi Nur Sabrina Najwa Mohd Nazri, kehidupan sebagai penuntut Ijazah Sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan seorang live host telah menjadikan dirinya seorang yang matang.

Dengan semangat tinggi, gadis berusia 24 tahun ini turut memanfaatkan peluang untuk mengasah ilmu pengetahuan dan kemahiran komunikasi, sambil menyelami dunia seni sebagai cara untuk melepaskan tekanan.

Kepada Kosmo! Ahad, Sabrina berkongsi kisah pahit yang tidak akan dilupakan, iaitu kegagalannya dalam membanggakan ibu bapa melalui keputusan SPM sebelum bangkit menjadi insan berjaya.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan tentang diri anda?
SABRINA: Saya kini melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di UiTM Shah Alam sambil menjadi seorang live host. Ia memberi peluang untuk saya berkembang dalam ilmu dan kemahiran komunikasi. Selain itu, saya juga gemar menyanyi kerana ia menjadi cara melepaskan tekanan.

Pengalaman pahit?
Kegagalan membanggakan ibu bapa dengan keputusan SPM pernah menjadi detik pa­ling mengecewakan dalam hidup saya, namun ia juga menjadi titik perubahan yang mendorong saya berusaha lebih keras hingga berjaya meraih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Ia membuktikan bahawa kegagalan bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada kejayaan yang lebih besar.

Kenangan zaman kanak-kanak yang mencuit hati?
Zaman kanak-kanak saya penuh dengan kenangan manis bersama keluarga, terutamanya arwah datuk yang sering membelikan kacang rebus.

Apa seni kemahiran yang ingin dilakukan?
Saya ingin menguasai seni melukis. Bagi saya, melukis adalah satu bentuk ekspresi yang unik dan bebas. Ia juga menjadi cara untuk saya mengabadikan emosi dan mencipta sesuatu yang benar-benar peribadi.

Apa impian atau perancangan masa depan Sabrina?
Saya mahu mencapai kecemerlangan dalam bidang yang saya ceburi sekarang, menyelesaikan pengajian sarjana dengan jayanya, dan menggunakan ilmu serta pengalaman ini untuk memberi manfaat kepada masyarakat sama ada dalam pendidikan dan perniagaan.

Nasihat kepada pelajar di luar sana?
Rajinlah me­nimba ilmu ke­rana ia bekalan sepanjang hayat, bukan hanya untuk kejayaan diri, tetapi juga membahagiakan ibu bapa. Mereka menghargai setiap usaha yang anda lakukan, walaupun sekecil zarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN