fbpx

Rezeki berganda, Zahnita terima tempahan 3,000 pai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHNITA bersyukur jumlah tempahan pai hasil air tangannya meningkat dan berterima kasih kepada semua yang menyokong perniagaannya.

PETALING JAYA – Sejak mendedahkan dirinya mangsa keganasan rumah tangga pada Isnin lalu, ramai bersimpati dengan nasib bekas peragawati dan pelakon Zahnita.

Bahkan rezeki wanita berusia 39 tahun itu juga semakin melimpah ruah apabila pai hasil air tangannya semakin mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, menerusi hantara dalam Instagram pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu memaklumkan sedang menyiapkan tempahan 3,000 pai.

“3,000 biji pai sedang dalam pembikinan. Kini saya mempunyai mesin pengadun industri seberat 9 kilogram.

“Kalian semua telah melonjakkan jumlah pesanan. Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya pada bahagian kapsyen.

Perniagaan pai ‘home made’ yang diberi nama Zahnita Humble Pie mendapat sambutan ramai sejak dia memperkenalkan kepada pengikutnya beberapa bulan lalu.

Bilangan tempahan pai yang dihasilkannya meningkat mendadak sejak kes keganasan rumah tangganya menggemparkan negara.

Zahnita yang kini menetap di Kuantan, Pahang membuat sendiri pai di rumahnya.

Dia juga mempunyai ejen di Kuala Lumpur dan beberapa daerah lain untuk mereka yang ingin merasai keenakkan pai buatannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI