fbpx

Mangsa banjir makin menurun kepada 48,967 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 48,967 mangsa banjir terdiri daripada 15,055 keluarga direkodkan pada pukul 10.20 pagi ini, menunjukkan penurunan sebanyak 4.54 peratus berbanding semalam.

Menerusi maklumat pada Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, seramai 33,800 mangsa banjir (10,796 keluarga) direkodkan di Kelantan.

Ia diikuti oleh Terengganu dengan 7,858 mangsa (1,997 keluarga). Manakala, Pahang seramai 51 mangsa (12 keluarga) serta Kedah seramai 5,931 mangsa (1,870 keluarga).

“Perak dengan 165 mangsa (58 keluarga), Johor pula 1,002 mangsa (281 keluarga), serta Melaka iaitu 160 mangsa (41 keluarga).

“Sebanyak 182 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka setakat pagi ini,” menurut maklumat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI