fbpx

Ferrari perlu sempurna di GP Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ percaya Ferrari masih ada peluang untuk menjuarai kategori pengeluar meskipun sedar ia bukan mudah. - AFP

LONDON – Carlos Sainz menuntut pasukannya, Ferrari memberikan perlumbaan penutup musim pada Grand Prix (GP) Abu Dhabi hujung minggu ini dengan sempurna jika ingin menewaskan McLaren untuk meraih gelaran kategori pengeluar pertama sejak 2008.

Ketika ini, Ferrari ketinggalan 21 mata di belakang McLaren dan pasukan Itali tersebut memerlukan kemenangan 1-2 dan berharap lawan tersebut sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat atau kelima.

Meskipun Sainz mengakui tugas mereka untuk memburu gelaran pengeluar tampak sukar, namun dia akan memberikan yang terbaik.

“Sudah pasti ia akan menjadi satu perlumbaan yang sukar kerana 21 mata bukanlah jurang mata yang kecil.

“Ferrari perlukan hujung minggu yang sempurna dan mengharapkan McLaren berdepan nasih kurang baik. Namun, dalam sukan ini, segalanya boleh berlaku. Kami akan berikan segala-galanya,” kata Sainz.

Rekod Ferrari di Abu Dhabi juga tidak memihak kepada mereka kerana sejak Litar Yas Marina diperkenalkan pada 2009, pasukan Itali tersebut belum pernah menang atau bermula dari petak pertama.

McLaren pula kali terakhir menjuarai perlumbaan di Abu Dhani pada 2011 melalui Lewis Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI