fbpx

Bekas pengurusan tertinggi Wakaf Hindu direman kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Bekas pengurusan tertinggi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Majistret Nadratun Naim Saidi membenarkan permohonan reman ke atas lelaki itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon selama tujuh hari.

Peguam Roshunraj Rajendran berkata, pihaknya membantah permohonan itu kerana anak guamnya kurang sihat dan menyifatkan tempoh seminggu tersebut sebagai ‘berlebihan’.

“Anak guam saya menghidap penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan rhinitis alahan yang memerlukan ubat khas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Roshunraj, anak guamnya dibawa dari rumahnya di Perai ke Pejabat SPRM pada pukul 8 pagi semalam untuk disoal siasat sebelum ditahan sejam kemudian.

Tambah lelaki itu, pihaknya juga akan mencabar perintah reman enam hari itu di Mahkamah Tinggi kerana berpandangan anak guamnya tidak seharusnya ditahan terlalu lama.

“Kami akan memfailkan semakan di Mahkamah Tinggi kerana tempoh reman ini tidak diperlukan dan berlebihan terutamanya selepas mengambil kira keadaan kesihatan anak guam saya,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI