fbpx

220 pesawah Kada terjejas banjir dapat pampasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khalid (tengah) menyampaikan bantuan kotak makanan kepada seorang pesawah yang terjejas banjir di Kampung Jubakar Darat, Tumpat hari ini. - Foto oleh ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Seramai 220 pesawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yang terjejas banjir akan menerima pampasan di bawah Skim Takaful Tanaman Padi (STPP).

Pengerusi Kada, Khalid Samad berkata, setiap pesawah yang mendaftar di bawah STPP akan mendapat ganti rugi sebanyak RM2,250 untuk sehektar sawah padi.

Menurutnya, Ia melibatkan pesawah di Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Tumpat.

“Kebanyakan pesawah mendaftar STPP pada September lalu dan perlindungan terpakai kepada benih padi ditanam dalam tempoh 70 hari ke bawah.

“Sebanyak 981 hektar sawah yang tidak sempat didaftarkan menerusi STPP, namun terjejas banjir akan dibantu melalui Tabung Bencana Tanaman Padi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan sawah padi yang terjejas banjir di Kampung Jubakar Darat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, Kada juga akan membantu pesawah terjejas banjir yang tidak mendaftar STPP melalui tabung tersebut.

Menurutnya, pihak Kada akan turun padang dan membuat pengesahan selepas banjir surut bagi membolehkan bantuan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi dapat disalurkan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI