fbpx
Zahnita.

Tuntut cerai akhiri derita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Zahnita yang mendakwa menjadi mangsa penderaan rumah tangga memohon untuk menamatkan mahligai perkahwinan yang dibina selama 20 tahun.

Bintang filem Gila Gila Pengantin Remaja itu menfailkan cerai terhadap suaminya kerana didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Wanita itu memberitahu Kos­mo! bahawa penderitaan yang ditanggung selama ini mendorongnya untuk membuat keputusan menamatkan perkahwinannya kerana ia sudah berlarutan terlalu lama.

“Kena sentiasa fikir untuk diri sendiri dan keluar daripada api bersuara serta jangan fikir sebab ramai yang akan ada untuk anda.

“Saya mungkin mengambil masa untuk sembuh dan kembali kuat sebab sangat sukar untuk hadapi semua ini,” katanya.

Zahnita memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang semalam.

Bercerita lanjut, Zahnita memberitahu, Allah SWT dan ibunya menjadi sumber kekuatan buatnya untuk memfailkan permohonan tersebut.

“Saya tidak mampu untuk bertahan apatah lagi menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, memuat naik foto mata lebam selepas mendakwa dipukul suaminya setelah dipercayai bertanya mengenai kehadiran orang ketiga.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki direman bagi membantu siasatan berhubung kece­deraan yang dialami oleh Zahnita.

Polis turut mengesahkan siasatan berhubung masalah rumah tangga Zahnita dan sedang menyiasat semua aspek.

Zahnita mendakwa sebelum ini dia bimbang akan diapa-apakan, tetapi berterima kasih dan terharu dengan sokongan daripada pelbagai pihak selepas kecederaannya mendapat liputan meluas.

“Saya sudah lama bertahan, berhenti daripada (bidang) seni dan cuba menjadi isteri yang sempurna. Saya dipukul baru-baru ini bukan kerana mahu keluar rumah, tetapi suami tidak tahan dengan soalan saya mengenai sesuatu,” dakwanya.

Zahnita bagaimanapun enggan memperincikan kejadian tersebut kerana masih dalam siasatan polis.

Rumah tangga Zahnita dilaporkan bermasalah sejak 2007 dan dia pernah memfailkan perceraian pada 2012, tetapi menarik balik permohonan itu pada awal 2015.

Pelakon Kuliah Cinta itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasha­rayna, Zahlia dan Zayden.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, suami Zahnita ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat mahu keluar dari rumah dan tinggal berasingan.

“Suami mangsa naik angin dengan keputusannya dan berlaku pertengkaran sebelum pelakon itu dipukul.

“Kejadian berlaku di rumah mangsa pada 26 November lalu sebelum selebriti tersebut membuat laporan keesokan harinya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN