fbpx
Mohamad Al-Bukhari (tujuh dari kiri) dan Mohamad Azizul (enam dari kiri) bergambar sebelum bertolak dari Masjid Jamek Changkat Lobak, Bagan Serai pada Sabtu lalu.

Dua sahabat berjalan 10,000km ke Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Seorang pemuda berusia 26 tahun yang memiliki sebelah buah pinggang dan sahabatnya memulakan misi berjalan kaki dari sini ke Mekah pada Sabtu lalu.

Dua sahabat itu yang pergi ke Tanah Suci untuk menunaikan haji pada tahun hadapan mula berjalan kaki pada pukul 10.30 pagi, Sabtu lalu dari Masjid Jamek Changkat Lobak di sini.

Mohamad Al-Bukhari Ellia memiliki sebelah buah pinggang setelah mendermakan organ itu kepada isterinya yang menghidap penyakit buah pinggang tiga tahun lalu.

Katanya, dia dan Mohamad Azizul Abdullah, 34, merancang untuk berjalan kaki ke Mekah selepas mendapat ilham daripada kisah para sahabat Nabi Muhammad yang sering mengembara bagi menyampaikan dakwah s­yiar Islam.

“Saya dan Mohamad Azizul membuat perancangan sejak dua tahun lalu dan mula melakukan secara serius sejak Ogos lalu.

“Kami mempersiapkan diri untuk misi ini dengan membuat latihan berjalan kaki sejauh 220 kilometer (km) dari rumah di Changkat Lobak ke Cameron Highlands pada bulan lalu,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Muhamad Al-Bukhari memberitahu, mereka berdua menyiapkan kelengkapan seperti dapur, khemah dan makanan kering sebagai bekalan dalam misi tersebut. Mereka menggalas beg seberat 20kg, manakala barangan lain pula diletakkan di dalam troli.

Difahamkan, dua pemuda tersebut akan melalui jalan persekutuan dan jalan negeri untuk menuju ke pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam. Perjalanan ke pintu sempadan yang dijangka mengambil masa selama dua minggu.

“Ibu bapa dan ahli keluarga memberi keizinan serta merestui perjalanan kami ke Mekah yang terletak 10,000 km dari kampung halaman,” kata lelaki itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN