fbpx

Semua PPS di Raub dan Jerantut ditutup, mangsa pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM mengemas sebuah PPS yang ditutup di Raub hari ini.
RAUB – Keadaan banjir di Pahang hampir pulih sepenuhnya apabila kesemua 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub dan Jerantut ditutup dengan 1,839 mangsa  dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Setakat pukul 1 tengah hari, hanya 13 mangsa daripada empat keluarga yang masih ditempatkan di sebuah PPS di Lipis.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, sebanyak 20 PPS di Raub ditutup sepenuhnya pada pukul 1 tengah hari selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
“Selain itu lima PPS yang dibuka di Jerantut juga ditutup pada pukul 12 tengah hari ini selepas kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing.
“Namun begitu APM masih terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa memandangkan kita masih dalam fasa Monsun Timur Laut,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, Pusat Kawalan Operasi Bencana akan terus dibuka di pejabat APM untuk tujuan pemantauan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI